Wednesday, 28 March 2012

BIODATA PENGETUA SMKC

Nama penuh Pengetua ialah Idris Bin Ngah Mat Ariffin. Beliau lahir pada 22.10.1961. Beliau berasal  dari Kampung Tanjung Belanja, Parit, Perak. Pendidikan beliau pada sekolah rendah di SK Tanjung Belanja, Parit pada tahun (1968-1973). Pada sekolah menengah beliau bersekolah di SM Sultan Muhamad Shah, Parit (1974-1976). Beliau juga bersekolah di SM Iskandar Shah, Parit (1977-1980). Setelah  tamat bersekolah beliau menyambung pengajian di Maktab Perguruan Kota Bharu (1980-1981) dalam bidang pengajian melayu dan sejarah. Beliau juga meneruskan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1983-1986) dalam bidang pengajian melayu. Kerjaya beliau di SMK Toh Muda Abdul Aziz Sg. Siput(U) (1982-1983), SMK Kampar , Perak (1987-1997) dan di SMK Seri Kampar, Perak (1997-2009). Beliau  menjadi pengetua di SMK Chenderiang pada 16.10.2010-sekarang.

No comments:

Post a Comment