Friday, 30 March 2012
Thursday, 29 March 2012
SEBELUM MAJLIS PELANCARAN HARI TM PINTAR
Sebelum hari majlis pelancaran TM, sekolah membuat persiapan untuk mengaturcara persembahan dan pelbagai acara yang akan dipersembahkan.
Wednesday, 28 March 2012
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PINTAR TM 2012
Pelancaran Program ini akan diadakan pada 31 mac 2012, dirasmikan oleh YB Dato' Dr. Zamry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar bertempat di Dewan Sri Chenderiang.
SUKAN SEKOLAH
Di sekolah sukan amat penting untuk murid menyertai pelbagai acara. Pada hari sukan pelbagai acara dan aktiviti yang diadakan. Contoh acara yang ada ialah lumba lari, lompat tinggi, lompat jauh dan pelbagai lagi. Terdapat empat rumah sukan iaitu Laksamana, Temenggung, Bendahara dan Shahbandar. Ada juga pertandingan menghias khemah, perbarisan dan diikuti dengan barisan unit berunifrom, pengawas dan lain-lain. Semua yang memenangi acara akan dapat mewakili olahraga.
BIODATA PENGETUA SMKC
Nama penuh Pengetua ialah Idris Bin Ngah Mat Ariffin. Beliau lahir pada 22.10.1961. Beliau berasal dari Kampung Tanjung Belanja, Parit, Perak. Pendidikan beliau pada sekolah rendah di SK Tanjung Belanja, Parit pada tahun (1968-1973). Pada sekolah menengah beliau bersekolah di SM Sultan Muhamad Shah, Parit (1974-1976). Beliau juga bersekolah di SM Iskandar Shah, Parit (1977-1980). Setelah tamat bersekolah beliau menyambung pengajian di Maktab Perguruan Kota Bharu (1980-1981) dalam bidang pengajian melayu dan sejarah. Beliau juga meneruskan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1983-1986) dalam bidang pengajian melayu. Kerjaya beliau di SMK Toh Muda Abdul Aziz Sg. Siput(U) (1982-1983), SMK Kampar , Perak (1987-1997) dan di SMK Seri Kampar, Perak (1997-2009). Beliau menjadi pengetua di SMK Chenderiang pada 16.10.2010-sekarang.
Friday, 2 March 2012
KURIKULUM DAN KOKURIKULUM
Sekolah banyak mengadakan aktiviti kokurikulum di luar dan di dalam sekolah. Aktiviti tersebut banyak melibatkan unit beruniform sekolah seperti Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Bomba, Puteri Islam, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah. Terdapat juga kelab dan persatuan yang mengadakan aktiviti untuk murid sekolah. Permainan banyak mengadakan aktiviti luar seperti bola sepak, bola baling, bola jaring, badminton dan sebagainya.
Aktiviti ini diadakan untuk semua murid aktif dalam bidang kokurikulum. Kokurikulum ini amat penting untuk semua pelajar sekolah dan juga nama sekolah.
Aktiviti ini diadakan untuk semua murid aktif dalam bidang kokurikulum. Kokurikulum ini amat penting untuk semua pelajar sekolah dan juga nama sekolah.
Saturday, 18 February 2012
KELAS DAN PEMBELAJARAN MURID SMK CHENDERIANG
Kelas saya mempunyai bilangan pelajar seramai 25 orang. Nama kelas saya ialah kelas bakti iaitu kelas nombor 2. Nama guru kelas saya ialah Cikgu Fauziah bibi. Beliau adalah guru yang amat baik. Kelas saya juga mempunyai kaum cina. Semua murid dalam kelas saya saling bantu membantu antara satu sama lain. Dalam kelas saya semua murid selalu berbincang tentang pelajaran.
Setiap matapelajaran mempunyai guru yang berlainan. Nama guru-guru tersebut ialah Ustaz Kamaluddin guru agama, Cikgu Yoke Neng guru geografi, Cikgu Muhijjah guru bahasa inggeris, Cikgu Rosmanira guru matematik, Cikgu Siti Aishah guru sejarah, Cikgu Saifulloh guru sains, Cikgu Fauziah Bibi guru bahasa malaysia dan Cikgu NorHusna guru kemahiran hidup. Semua guru ini memang cukup berpontesi mengajar murid dalam kelas saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)